Gedung konfeksioneri
Gedung konfeksioneri

Gedung konfeksioneri

Gedung konfeksioneri (lebih lazim dirujuk sebagai kedai gula-gula di United Kingdom atau gedung gula-gula di Amerika Syarikat) yang menjual konfeksioneri dan adalah biasanya disasarkan pada kanak-kanak atau para pelancong dalam dunia runcitan moden. Kebanyakan kedai konfeksioneri biasanya dipenuhi dengan beraneka jenis gula-gula yang jauh lebih banyak daripada yang boleh muat di kedai runcit atau kedai mudah beli biasa. Gedung ini sering menawarkan pilihan makanan ringan dan gula-gula kuno dari pelbagai negara. Kedai sebegini jarang sekali menukar susun aturnya sejak dibuka, sehingga memberikan rasa mesra dan nostalgia dengan koleksi besar gula-gula dalam balang, dengan pemandangan dan bau yang menimbulkan kenangan pada masa kanak-kanak.